Monday, January 15, 2018


MADU TUALANG 100% ASLI
 Untuk sebarang tempahan, sila klik di SINI 



  • وقال الرسول: “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل و شرطة محجم و كية بنار ,وأنا أنهى أمتي عن الكي “. (رواه البخارى في الصحيح)

”syifa (ubat/pengubatan/pembaikan/penawar) itu ada pada tiga – meminum madu , berbekam , dan dengan besi panas, dan aku melarang/menegah ummatku dari besi panas.”

  •  حدثنا محمود بن خداش حدثنا سعيد بن زكرياء القرشي حدثنا الزبير بن سعيد الهاشمي عن عبد الحميد بن سالم عن

 أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لعق العسل ثلاث غدوات كل شهر لم يصبه عظيم من البلاء

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم :
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.
(yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut)

  • وعند الحاكم وابن ماجة عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: عليكم بالشفاءين العسل والقرآن.

Riwayat Alhakim dan ibnu majah  : dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda : Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Alquran




MADU TUALANG



Lebah tualang, lebah madu gergasi atau naning (nama saintifiknya Apis dorsata) (bahasa Inggeris: giant honey bee), ialah lebah madu yang berkoloni sepanjang Asia Tenggara sehinggalah selatan India. Ia mendapat nama lebah tualang bersempena dengan sarang atau haifnya yang dibina kebanyakannya di pokok Tualang. Ia menjadi agen pendebunga bagi hampir 50 peratus pokok di hutan hujan tropika menjadikan ia amat penting kepada eko-sistem hutan. Lebah tualang bersifat defensif dan tidak pernah diternak kerana sarangnya yang bersifat terbuka.
Lebah ini hidup di kawasan tropika dan di kebanyakkan tempat ia berhijrah secara bermusim. Beberapa bukti terbaru menunjukkan bahawa lebah ini kembali ke pokok yang sama untuk membuat sarang. Lebah pekerja mungkin bertukar semasa proses penghijrahan. Mekanisma pengekalan memori ini masih kekal misteri.
Subspesies lebah tualang ini dengan individu terbesar ialah Lebah madu pergununan Himalaya - Apis dorsata laboriosa - namun Apis dorsata pekerja biasa daripada subspesies lain adalah sekitar 17–20 millimetre (0.7–0.8 in) panjang.



PENGUTIPAN MADU TUALANG

Di Kedah, Malaysia, pemburu madu tualang akan melakukan sedikit upacara pembacaan sebelum dan semasa memanjat pokok tualang. Mantera yang dibaca semasa proses pengambilan madu dikatakan dapat menenangkan keagresifan lebah tualang.Terdapat perbezaan cara pengambilan madu lebah tualang di negeri-negeri di Malaysia. Menurut Prof. Mahkdzir Mahdan, pemilikan pokok tualang hanya terdapat di Kedah sahaja dan tidak di negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Terengganu. Ini menyebabkan madu yang diambil di negeri seperti Terengganu dan Kelantan selalunya pada sarang yang belum matang lagi. Ini akan mengganggu populasi lebah tualang dan seterusnya proses pendebungaan di hutan hujan tropika Malaysia.




CARA PENGAMBILAN MADU TUALANG

  • Minum madu sebelum sarapan pagi kerana perut yang kosong membuatkan tubuh kita  sangat memerlukan zat gula. 
  • Selawat 3 kali serta niat,hajat dan doa.
  • 2 sudu plastik besar setengah jam sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur malam.  Boleh juga dicampur dalam air masak.
  • Keyakinan pada madu sebagai penawar mesti tinggi tahapnya. 
  • Makan zat madu itulah yang mula-mula masuk ke dalam tubuh badan kita. Kemudian sel-sel dalaman menerima dan mengambil manfaatnya merawat dan menyembuh segala penyakit. 
  • Lebih baik dan digalakkan untuk kesihatan badan minum madu pada setiap hari.



MADU TUALANG
MADU TERNAK

Lokasi
Hutan, pokok tualang >40m
Rumah/Kebun/Ladang, Kotak Lebah
Jenis Lebah
Apis Dorsata
Apis Melifera
Sifat
Agresif/Liar tidak boleh dibela
Mudah di kawal di kotak2 (Hive)
Saiz
2-3 kali ganda dari lebah ternak kesan dari makanannya iaitu Madu Tualang
Lebih kecil
Sengatan
Dikenali Killer Bees boleh maut
Bole dibuat terapi Api Puncture kerana kurang bisa
Antioksida/ Antibakteria
Sangat Tinggi bagi yang madu yang berwarna gelap
Kurang dari madu tualang/hutan
Kanser
Sangat Positif bagi Kanser Payudara (Kajian USM) dan tindakbalas lebih cepat
Kurang berkesan berbanding madu hutan dan kelulut
Luka
Menghilangkan parut luka dan kulit kembali normal dan dapat dilihat < 2 minggu (Kajian UM, Prof Kamarudin)
Tindakbalas yang perlahan/ mengambil tempoh masa lebih lama
Populasi
Satu pokok boleh mencapai 100-200 sarang. Keupayaan lebah tersebut sihat di tengah hutan adalah hasil makanannya iaitu madu yang dihasilkan.
Perlu dijaga rapi di dalam kotak/hive dengan jadual antibiotic dan vitamin bagi lebah. Juga di beri air gula ketika musim tertentu untuk mengelakkan lebah kebuluran dan sakit.
Rasa
Acidic agak tinggi kesan nectar bunga hutan, sedikit masam, kandungan air lebih tinggi ~>23%, rasa manis sangat unik hasil gabungan nectar multifloral di hutan.
Rasa manis sahaja
Nektar
Multiflora, organik tidak tercemar
Monoflora dari satu jenis bunga, perlu pemantauan kesan pesticide dari hasil tanaman.
Warna
Perang/ Hitam/ Kuning Cerah
Kuning/ Kuning Muda 
Mengkristal
Boleh Kristal tapi lambat
Lebih cepat mengkristal
Khasiat
Tinggi Antioksida & ada bahan aktif natural mencegah dan mengawal kanser, tenaga spontan.
Memberi tenaga, vitamin. Insya Allah sekiranya ia madu yang asli pastinya mempunyai kebaikkan yang banyak berbanding ubatan kimia/sintetik. 
Nota
80% di pasaran adalah tiruan
Umumnya madu diproses dengan haba supaya lebih tahan




Antara produk kami yang sedia ada:


Untuk sebarang tempahan, sila klik di SINI 


Madu Tualang Asli RM 60.00/botol




 Madu Tualang Stick RM 1.50


Untuk sebarang tempahan, sila klik di SINI 


#madu #madutualang #khasiatmadu #madulebah






No comments:

Post a Comment